Perpustakaan DMTK IPGM Kampus Kent Perpustakaan DMTK IPGM Kampus Kent
Perpustakaan DMTK IPGM Kampus Kent Perpustakaan DMTK IPGM Kampus Kent
  • UTAMA
  • Maklumat Korporat
    • Visi Misi Objektif
    • Carta Organisasi
    • Perkhidmatan
    • Koleksi
    • Kemudahan
    • Hubungi Kami
  • Panduan Pelajar
    • APA Style
    • Turnitin
    • Mendeley
  • Pautan
    • Pautan Laman Kerajaan
    • Pautan Perpustakaan IPTA
    • e-BORANG
  • Koleksi Digital Institut
    • e-Jurnal
    • e-Book
  • e-Sumber
  • e-BOOK MK
Details
07 December 2023

Koleksi Perpustakaan

Perpustakaan menyimpan pelbagai jenis bahan seperti buku, majalah, lapaoran tahunan, jurnal, prosiding dan juga bahan dalam bentuk digital seperti CD/DVD, serta Bahan Bantu Mengajar dan Alat Bantu Mengajar. Untuk mendapatkan akses ke koleksi perpustakaan , sila layari ke  WebOPAC Perpustakaan. Bahan-bahan perpustakaan ini dikategorikan kepada beberapa jenis koleksi seperti berikut:

  • Koleksi Am (Rak Terbuka / Open Shelf) :

Bahan bacaan dalam pelbagai bidang yang boleh diperolehi daripada ruangan Rak Terbuka. Koleksidi bahagian ini boleh dipinjam oleh pengguna Perpustakaan mengikut peraturan semasa yang berkuatkuasa. Koleksi ini berada di Aras bawah.

  • Koleksi Rujukan

Bahan seperti ensiklopedia, kamus, panduan, bibliografi yang boleh diperolehi daripada ruangan Rak Rujukan . Koleksi ini disimpan di Aras 1.

  • Koleksi Tanda Merah

Bahan bacaan yang merupakan rujukan asas pembelajaran bagi kursus-kursus tertentu. Boleh diperolehi diruangan Koleksi Tanda Merah. Koleksi ini disimpan di Aras 1

  • Koleksi Terbitan Bersiri

Bahan seperti Jurnal yang diterbitkan secara berkala. Boleh diperolehi di ruangan Jurnal. (Tanda JUR pada tulang belakang buku). Koleksi ini disimpan di Aras 1.

  • Koleksi kajian tindakan pelajar  dan Koleksi Tesis pensyarah

Bahan hasil penyelidikan ahli akademik dan guru pelatih, tesis pelajar dan kakitangan IPG Kent Tuaran. Koleksi ini disimpan di Aras 1.

  • Koleksi Multimedia

Bahan berbentuk audio cakera padat dan video cakera digital. Koleksi ini disimpan di Aras 1.

  • Koleksi Kanak-kanak

Bahan bacaan fiksyen dan non-fiksyen sesuai untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ditempatkan dirak yang berada di Aras 1.

  • Koleksi Fiksyen

Bahan bacaan fiksyen dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ditempatkan dirak yang berada di Aras 1.

  • Koleksi Buku Teks Terbitan KPM

Buku Teks terkini yang diguna pakai di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran. Ditempatkan di rak terbuka (Open Shelf). Koleksi ini disimpan di Aras 1.

  • Koleksi Bahan Bantu Mengajar

Bahan Bantu Mengajar seperti Globe, Congkak, Model Manusia/Binatang, peta dan pelbagai bentuk peralatan lain yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Koleksi ini disimpan di Aras 1.

  • Koleksi Laporan Tahunan Institut

Menghimpunkan bahan-bahan berkaitan dengan laporan aktiviti tahunan setiap institut kerajaan/ bukan kerajaan. Koleksi ini disimpan di Aras 1.

  • Koleksi Prosiding

Menghimpunkan koleksi artikel penyelidikan yang telah dibentangkan di seminar peringkat institut/kebangsaan/antarabangsa. Koleksi ini disimpan di Aras 1.

  • Koleksi Terbitan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Menghimpunkan bahan-bahan berkaitan dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent seperti Laporan tahunan dari tahun 1990-an, buletin, jurnal dsbg. Koleksi ini disimpan di Aras 1.

  • Koleksi Pengkhazanahan Biodiversiti Spesis Serangga

Koleksi ini telah dihasilkan oleh Jabatan STEM dan disimpan dalam perpustakaan untuk pameran. Uniknya berkaitan dengan koleksi ini, serangga yang dipamerkan adalah serangga yang ada disekitar kawaasan IPG. Koleksi ini dipamerkan di Aras bawah perpustakaan.

  • Koleksi Bank Soalan Peperiksaan

Koleksi soalan peperiksaan pada tahun-tahun terdahulu. Koleksi ini dipamerkan di Aras 1.

Perpustakaan DMTK 
IPGMK Kent Tuaran
Peti Surat 2, 89207
Tuaran Sabah.

Penafian

|

Dasar Privasi

|

Dasar Keselamatan

©2025 Perpustakaan DMTK IPGK Kent Tuaran Sabah                                                            Tarikh Kemaskini : 17 April 2025WEBMASTER

001789
Today: 5
This Week: 8
Last Week: 19
This Month: 30
Last Month: 119
Total: 1,789